lazada

Sudah lama saya tidak beli barang dari Lazada atau mana-mana platform online. Kali terakhir pada awal Mac 2020. Sejak PKP, langsung takde beli barang. Bukan sebab PKP tak beli barang, tapi sebab kekangan lain.

Saya mula start online shopping balik pada 7.7. Banyak barang yang saya beli, pada hari itu, pada hari-hari berikutnya, mostly barang-barang kecil komponen komputer.

Selalunya barang yang dibeli dihantar oleh LEX. Saya suka servis LEX, selalunya kalau kedai pos hari ini, esok sudah sampai ke tangan saya.

Dan saya akan trace status dan keberadaan barang-barang yang saya beli di laman LEL Tracking. Di situ saya boleh lihat dengan mudah log dan status pesanan saya, dalam satu page (tak perlu klik “view more”), tak perlu login ke Lazada. Saya akan refresh secara berkala untuk check samada terdapat perkembangan terkini, atau saya juga boleh monitor secara auto dan maklumkan kepada saya dengan bantuan browser extension.

Namun sejak saya mula online shopping semula pada 7.7 saya perasan tracking number yang dibekalkan oleh Lazada sudah tidak menjadi lagi untuk digunakan seperti sebelum ini. Status hanya boleh disemak di aplikasi dan laman Lazada sahaja. Daripada bertimbun-timbun pesanan saya, hanya satu sahaja yang boleh trace di LEL Tracking. Selepas satu demi satu “Tracking number cannot be found,” saya sudah tidak check lagi di sana untuk pesanan-pesanan yang kemudian.

Lazada tracking
Tracking number not found walaupun pesanan sudah sampai ke tangan saya
Lazada tracking
Kalau tracking berfungsi. Satu-satunya yang menjadi, setakat yang saya check.

Untuk check di aplikasi Lazada, sedikit lambat sebab saya kena buka app tu dulu, cari pesanan yang saya mahu, kena klik butang track my order lagi. Kalau website Lazada lagi leceh, setiap kali buka mesti kena login dulu sebab dia auto logout. Dan bila saya kerap sangat login dia akan hantar nombor pin ke email untuk verify identity saya terlebih dahulu, sakit hati betul. Kalau di website LEL Tracking, sangat mudah, saya boleh bookmark URL tracking untuk sesuatu pesanan dan boleh buka dan refresh sesuka hati. Sekarang dah tak boleh.

Lazada tracking
Tracking di app Lazada

Tak ada masalah pun, sekadar kena biasakan diri untuk check di app berbanding sebelum-sebelum ini. Kalau selalu shopping online, baik join program cashback, dapat la juga duit sikit-sikit.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *