Ini adalah falsafah-falsafah hidup aku yang selalu aku berpegang kepadanya. Ianya tidak semestinya aku betul-betul pegang. Tapi kadang-kadang ianya menjadi pembakar semangat aku.
Ini dia:
Aku tidak kisah walaupun dihampakan berkali-kali oleh orang lain,
tapi aku tak sanggup untuk hampakan orang lain walaupun sekali.
La taqlaqu wa la tahzanu,
Jangan biarkan sekeliling mempengaruhi anda,
Kebergantungan kepada Allah itu penting.
Bila berhutang, hutang wajib dibayar balik walaupun tidak dituntut,
Bila memiutang, hutang orang yang tidak tahu hendak bayar balik wajib dituntut.
Baca sedikit, lupa sedikit.
Baca banyak, lupa banyak.
Tidak baca, tidak lupa!
(cikgu aku yang cakap ayat ini – kerana kami malas belajar, inilah formulanya)
Stress α 1/cuti
Stress is inversely proportional to cuti. When cuti approaching 0, stress approaching infinity.
Bila aku sudah buat satu-satu kerja tu. Walau macam mana pun aku mesti siapkan juga.
Inilah falsafah (iyakah? Bukan kata-kata semangat lebih sesuai?) yang aku berpegang, sebagai pembakar semangat, yang paling penting adalah buat mengikut suruhan Allah.