Sebelum ni saya sudah buat tutorial cara-cara buat duit online dengan ClixSense. Kali ini tutorial buat duit online dengan NeoBux pulak. ClixSense dan NeoBux adalah dua laman PTC (Paid To Click) yang wujud sejak 2007 dan 2008 lagi. Mereka adalah dua contoh yang sangat popular dan terbaik dan merupakan nama besar dalam dunia PTC.
Bagi yang belum jelas tentang PTC, disarankan baca dulu tutorial ClixSense. Kalau yang masih ragu-ragu betul ke boleh buat duit dengan PTC dan limit apa yang anda perlu expect dengan dunia PTC, saya akan buat post tentang itu lain kali.
Biar setia pada satu, janji ada hasil
Laman PTC ni banyak. PTC ni, kalau join banyak-banyak bukan lagi kaya, tapi lagi takde hasil sebab susah nak manage. Lebih baik ada beberapa dan make full use of them. Penting untuk tahu, PTC ni kalau tak tahu guna, hari ini daftar, esok dah tak mahu log in sebab takde hasil. saya pun sama, awal-awal join dah mengalah sebab takde hasil sedangkan saya yang tak reti guna.
Maka saya mempermudahkan untuk anda dengan menerangkan serba sedikit tentang NeoBux, selebihnya atas usaha anda. Panduan ClixSense sudah dibuat sebelum ini. Tak perlu pilih nak pakai yang mana satu, gunakan dua-dua sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Nanti saya akan berikan perbandingan antara ClixSense vs Neobux.
Buat duit online dengan NeoBux
1. Daftar akaun NeoBux dulu. Percuma je. Ini adalah referral link saya, nanti anda jadi downline saya. Tapi tak payah risau, anda takkan rugi apa-apa, anda tak perlu bayar duit kat saya pun, earning anda nanti pun takkan dipancung bagi kat saya. Sama jugak, kalau anda daftar tanpa referral sekalipun, nanti kena jadi downline orang lain jugak (rented referral), baik jadi downline saya terus.
2. Sudah daftar, macam biasa, log in email dan sahkan pendaftaran.
Macam mana nak buat duit
OK, akaun dah aktivate, dah boleh mula buat duit.
1. Klik Iklan
Ini adalah keutamaan dan trademark website PTC kerana ianya bermaksud dibayar untuk klik. Klik apa? Tentulah klik iklan.
Tengok dekat column Standard aje tau. Paling jauh pun tengok column Golden je. Yang lain-lain tu memang mengarut la, harga premium membership dia mahal tak ingat dunia.
Ini adalah salah satu cara untuk buat duit di NeoBux as well as sites PTC yang lain. Tapi untuk buat duit dengan klik iklan adalah idea yang paling mengarut dan tak masuk akal. Let us do some maths, let say sehari dapat 50 iklan.
1 iklan ($0.001) x 50 iklan x 30 hari = $1.50 sebulan.
RM5 lebih je sebulan? Memang mengarut. Kalau dalam sehari dapat 1-2 iklan standard dan extended exposure, still tak memberi impak yang besar.
Tapi, tak macam kat ClixSense – saya tak layan sangat iklan sticky/micro ($0.001/$0.0015) kecuali mini ($0.005), standard ($0.01) dan extended (kat Malaysia very very rare – $0.02). Kat sini asal ada iklan je, saya layan. Sebab apa? Sebab nilai iklan tu bukan sekadar pada bayaran sahaja.
Dengan klik satu iklan NeoBux tanpa mengira jenis exposure:
*Dapat 1 NeoPoint
*Dapat 4 tiket AdPrize
*Dapat tiket cabutan bertuah
(Semua ini akan dibincangkan kemudian)
2. Offers
Yang tak best kat NeoBux, diorang takde paid survey. ClixSense ada paid survey dengan purata bayaran $1.50 per survey (invitation) dan $0.85 (daily router – boleh cuba unlimited times setiap hari). Kat sini, hanya ada offers sahaja. Kalau ada survey pun, datangnya daripada senarai offers yang ada.
Selain survey, offer juga termasuk main flash game dan Facebook game, free trial (tak digalakkan sebab melibatkan kad kredit, kalau lupa unsubscribe, habis jahanam duit), dan juga install game/app Android dan iOS. Tapi jangan risau, source game/app adalah dari Play Store dan iTunes. Best jugak, sambil dapat test game baru, dapat jugak duit.
Ada dua jenis offer:
*Coins offer
*NeoPoints Offer
Yang tak best lagi, offer NeoBux akan pending selama 60 hari sebelum dikreditkan ke akaun ahli. Kalau kat ClixSense, dikreditkan serta-merta dan dalam bentuk duit.
3. AdPrize
Untuk setiap iklan yang dilihat, ahli akan dapat 4 tiket untuk main AdPrize. Rule dia mudah, klik dan lihat iklan untuk beberapa saat dan dihujungnya nanti mungkin anda boleh menang hadiah. Hadiah paling mahal ialah duit $50 (sebenarnya paling mahal ialah Golden Membership bernilai $90 setahun).
Kalau menang $50 dan Golden Membership memang bertuah la. saya jarang sangat main sebab internet ada quota, kalau main benda alah ni, kejap je dah kena topup. saya main jarang-jarang dan so far hanya menang 5 kupang dan 3x 10 points.
Yang ni nak main sekadar untuk suka-suka boleh la. Jangan berharap sangat nak menang $50 tu, nanti kecewa.
4. Cabutan Bertuah
Untuk setiap iklan yang ditonton pada jam semasa, memberikan satu tiket dalam cabutan bertuah pada jam yang berikutnya. 120 orang yang bertuah akan menang 50 sen. 50 sen je, tapi OK lah jugak. saya pun dah menang sekali. Feature yang saya tidak sedar akan kewujudannya sehingga saya memenanginya.
Yang ni pun atas dasar nasib dan rezeki semata-mata.
5. Mini Jobs
Mini Jobs adalah tugasan mikro yang disediakan oleh CrowdFlower. saya dah buat penjelasan tentang tugasan CrowdFlower ni di entry pasal ClixSense, boleh check kat sana.
Untuk permulaan, anda akan bermula dengan level 0 yang mana tugasan boleh dikatakan langsung tak ada. Jarang sangat ada. Untuk naik ke level 1, 2 dan 3, anda kena buat sejumlah task dan capai nilai accuracy tertentu. Tapi macam mana nak naik level kalau tugasan level 0 tak ada.
Tapi jangan risau, sekarang dah senang sebab dah ada Entrance Exam. Jangan jadi macam saya dulu, sampai tugasan bahasa Hungary dan Tamil pun saya bedal sebab itu je task level 0 yang ada. Masalahnya, Entrance Exam tak ada di NeoBux mahupun ClixSense, kerana dua laman ini popular dan padat dengan user, tak mampu nak tampung semua yang nak jawab exam ni.
Tapi ada yang cakap kat ClixSense pun dah ada sekarang. saya tak boleh nak tolong check sebab ia hanya visible untuk ahli yang level 0 sahaja.
Boleh rujuk entry buat duit dengan ClixSense untuk maklumat lanjut tentang Entrance Exam.
Yang ini lah penyumbang utama kepada earning di ClixSense dan Neobux selain daripada paid survey. Jadi kenapa tidak buat kat ClixSense je? Kat sana ada tugasan mikro ini dan juga paid survey. Kena buat kat sini sebab kat sini bayar lagi mahal daripada kat ClixSense, dan untuk setiap $1 yang dijana daripada mini jobs ini bonus 15 sen akan diberikan, kalau Golden Membership, 30 sen, memang lumayan. Lagi pun, cashout ke akaun PayPal adalah serta merta, kat ClixSense kena tunggu hari Rabu.
6. Ajak rakan join
Ajak member-member anda join dan mereka jadi downlines anda. anda akan dapat komisen dari hasil earning diorang. Tapi jangan risau, diorang tak perlu keluarkan duit dari poket sendiri, hasil earning diorang pun tidak dipotong, NeoBux yang akan bayar.
Tengok table pertama, itulah nilai yang akan anda dapat hasil daripada klik daripada downline untuk exposure tertentu.
Ini juga salah satu cara jugak untuk buat duit dengan NeoBux. Tapi… betul, pada masa yang sama boleh jadi salah. Betul, kalau downline yang tahu cara nak buat duit dengan NeoBux. Dia sabar dan aktif setiap hari untuk naikkan earning little by little. Salah, kalau awal-awal niat dia nak dapat ribu-riban mengalahkan gaji tapi kecewa sebab sehari earning tak sampai seposen pun, esoknya dah tak peduli untuk log in (macam saya mula-mula dulu dengan ClixSense).
7. Upgrade ke Golden Membership
Kelebihan Golden Mebership ialah:
*Bonus 30% (30 sen) per $1 daripada Mini Jobs
*8 fixed ads bernilai 1 sen setiap satu
*Nilai iklan extended meningkat 0.5 sen menjadi 2 sen (biasa 1.5 sen)
*Komisen daripada referral click meningkat
3 cara untuk dapatkan Golden Membership
1. Bayar $90 dengan baki dalam akaun atau PayPal / kad kredit
Kalau anda mampu, saya tak sanggup. $90 ni dah boleh dapatkan Premium Membership Clixsense untuk 6 tahun ($30 dwitahunan x3). Kat ClixSense premium, tapi kat Neobux saya standard je, tak mampu lah.
2. Menang Golden Membership dengan AdPrize
Yang ini lagi mengarut. Takkan la tiap kali main AdPrize berharap dapat menang. Tapi kalau rezeki, mana tahu kan.
3. Beli dengan NeoPoints (30,000 points)
Yang ini rasanya yang paling realistik. Golden Membership boleh dibeli dengan 30,000 mata. Bersamaan ~83 points perlu dikumpulkan dalam sehari. Points ini boleh dikumpulkan dari points offers dan untuk memenangi points daripada AdPrize juga agak realistik sebab saya dah beberapa kali dapat points walaupun jarang main.
Scam Alert
Ni yang paling penting, sebelum join apa-apa, check dulu scam/penipu atau tulen. NeoBux dah wujud sejak 2008 dan masih bernyawa hingga kini. Rasanya scam takkan mampu hidup selama ini. Scam atau tidak, kalau dapat bayaran maka bukan scam la kan?
Minimum cashout kali pertama adalah $2 dan akan bertambah sebanyak $1 sehingga akhirnya berhenti di $10. Ini adalah first cashout saya. Seperti biasa, first cashout saya akan ambik paling minimum sebab nak test, disamping akaun PayPal saya masih unverified, karang duit tu hilang di tengah jalan.
OK lah, rasanya saya dah cover semua cara-cara untuk buat duit online dengan NeoBux ni. Kalau ada yang tertinggal nanti saya topup later.
Ringkasan
*NeoBux, ClixSense dan lain-lain PTC memang boleh buat duit kalau digunakan dengan betul
*Tanpa referral, ratus-ratus sebulan adalah yang paling realistik
*Dengan referral, ribu-riban pun boleh, janji referral yang aktif dan ramai
*Sumber pendapatan utama ialah Survey (ClixSense), CrowdFlower tasks (NeoBux, lebih mahal) dan referral yang aktif
Diharap yang mana baru nak try, cuba dulu, pada awalnya memang anda akan rasa buang masa, baik main blog, pasang Nuffnang, Innity, AdSense, Churp-churp, 8Share, affiliate itu dan ini. Betul jugak, tapi yang ini pun salah satu cara untuk buat duit. Semoga berjaya. Daftar (NeoBux | ClixSense)
[…] yang tidak sedar wujudnya CrowdFlower Entrance Exam sebab tidak terdapat di ClixSense mahupun di NeoBux. Mungkin di ClixSense dan Neobux sekarang sudah ada Entrance Exam, tapi sebab ianya hanya visible […]
macamana nak join
(1) Klik sini https://sanazi.my/syorkan/buat-duit-online-dengan-neobux/.
(2) Klik link “Register” di bahagian atas kanan skrin.
(3) Lepas dah daftar dan sahkan alamat email, boleh start dengan klik iklan dan main AdPrize dulu.